Monday, July 30, 2012

Marketing tool/Freebies yang memberi manfaat kepada kanak kanak

Antara perkara yang mengagumkan tentang budaya pendidikan di Jepun adalah:
  • mereka tidak takut untuk menghidangkan topik yang berat kepada kanak kanak (pelajar darjah 3 telah diajar bagaimana manusia/bayi terbentuk)
  • mereka pakar dalam memudahkan/meringkaskan topik yang berat sama ada dengan menyampaikannya dalam bentuk infografik, manga/komik, anime, lagu dan sebagainya
  • semua pihak merasaka diri mereka bertanggungjawab dalam mendidik generasi akan datang yang menyebabkan setiap aspek dalam bahan yang dihidangkan kepada anak anak diteliti dan tidak dibuat sambil lewa
Contoh yang saya hendak kemukakan dalam entry ini adalah kalender tahunan yang diedarkan secara percuma kepada kanak kanak tadika sebagai promotion tool syarikat buku kanak kanak Child Honsya.

Kalendar bertopik yang menarik berdasarkan idea yang simple. Bagi contoh ini mereka mengetengahkan topik makanan bermusim mengikut bulan bulan pada kalendar.

Boleh dikatakan semua bahan promosi bercetak di Jepun akan diselitkan dengan informasi/ilmu berguna kepada masyarakat dan bukan sekadar hendak mengiklankan syarikat mereka sahaja. Bagi contoh ini, mereka menyarankan 7 perkara sebagai pengajaran nutrisi yang boleh diamalkan di rumah. Antaranya adalah bangun awal - tidur awal - makan sarapan, makan bersama sambil berborak sesama ahli keluarga, semua orang memakan makanan yang sama untuk memudahkan komunikasi, melibatkan anak anak dalam proses penyediaan makanan dll.


Kebiasaannya apabila mengenalkan makanan kepada anak anak, kita akan mengajar mereka benda yang biasa seperti buah apple dan oren. Sayuran pun di tunjukkan secara general sahaja dan bukan dinamakan satu per satu. Di kalendar yang diberikan kepada kanak kanak 4-6 tahun ini, bukan sahaja nama buah dan sayuran di labelkan satu persatu, malah jenis jenis ikan juga turut di ajarkan.

Mengambil kata kata Albert Einstein, "If you can't explain it simply, you don't understand it well enough". Adakah itu masalah nya dengan penerbitan bahan bacaan/informasi bagi kanak kanak di Malaysia? Orang dewasa yang menyediakan bahan pengajaran itu sendiri yang tidak cukup faham tentang apa yang hendak di ajar, menyebabkan bahan pengajaran kita agak rendah kualiti dan impak nya.

Wednesday, July 25, 2012

Kerja rumah pada musim cuti

Mengikut pengalaman saya menjadi guru tadika di Malaysia, cuti sekolah yang panjang akan disertakan dengan berhelai-helai kerja rumah untuk pelajar tadika yang terdiri daripada worksheets matematik dan latihan menulis. Di Jepun, kerja rumah musim cuti mereka adalah merekodkan apa yang mereka buat untuk menghabiskan waktu cuti tersebut. Buku rekod nya juga diadakan dalam bentuk kalender bergambar yang menarik dan sangat interactive di mana pelajar boleh membaca tips tips menghabiskan masa cuti,  menulis apa yang telah mereka lakukan, melukis pengalaman mereka, menampal sticker dan sebagai nya.

Contoh buku kerja rumah musim cuti kanak kanak tadika Jepun. Sungguh menarik!

Contoh "kerja" yang perlu dilakukan adalah merekodkan cuaca, kejayaan ke tandas dan menggosok gigi pada setiap tarikh yang di tulis di kalendar. Cara merekodnya adalah dengan menampal sticker di kotak yang disediakan. Terdapat juga ruangan untuk menulis apa yang mereka lakukan pada hari itu. Bagi kanak kanak yang masih tidak boleh menulis, ibubapa perlu menolong mereka untuk mengisi bahagian "diari" ini. Ibubapa digalakkan berborak/bercerita/berbincang bersama anak anak tentang apa yang hendak di tulis di ruangan tersebut.  Pada muka surat contoh yang ditunjukkan di atas, terdapat juga info bergambar tentang bagaimana hendak mengekalkan kesejukan pada cuti musim panas mereka.

Pelbagai sticker menarik disediakan bersama dengan buku ini untuk dilekatkan semasa merekod "kerja rumah" mereka.

Ini pula adalah check list kenang kenangan cuti sekolah mereka. Pelajar perlu menanda sama ada mereka telah terjumpa benda benda seperti pepatung, cengkerik, bunga matahari, belalang... menanda sama ada mereka telah memakan aiskrim, tembikai, tomato, jagung semasa percutian mereka... dan samada mereka telah pergi menonton wayang, ke pantai, BBQ, bermain bunga api.

Pelajar perlu mencatatkan apa yang terbaik pada musim cuti mereka kali ini. Antara soalan yang diberikan adalah, sepanjang cuti persekolahan ini apakah perkara yang paling memeranjatkan anda? apakah perkara yang paling menarik? apakah perkara yang paling seronok? apakah perkara yang paling menakutkan? dll. Pelajar juga perlu melukiskan gambar kenang kenangan cuti persekolahan mereka.

Di muka surat akhir, pelajar perlu menampal gambar foto yang telah diambil semasa percutian mereka itu.

Walau nampak seperti main main, buku kalendar ini perlu diserahkan kepada guru setelah tamat cuti persekolahan.  Amat berlainan kerja rumah pelajar tadika di Jepun berbanding di Malaysia... nampaknya Jepun lebih mementingkan pengalaman hidup anak anak daripada latihan akademik. Apa yang lebih menarik tentang cara pengajaran ini adalah, walaupun kerja nya nampak tak seberapa, kanak kanak masih perlu mengira, membaca, menulis, melukis dan berfikir secara kritikal untuk menghabiskan kerja rumah mereka ini. Mungkin inilah ajaran learning through play yang kita juga patut contohi dalam mengajar kanak kanak tadika kita.

Saturday, May 19, 2012

Apron cikgu yang comel dan menarik

Apabila mereka peralatan atau barang barang perkakas kegunaan harian, orang Jepun memang tidak akan membuatnya sambil lewa atau buat "asal ada" sahaja. Setiap faktor dalam pembuatan peralatan tersebut akan dipikirkan dan setiap apa yang dibuat perlulah bersebab. Salah satu daripada peralatan guru tadika yang mereka ambil perhatian adalah apron yang dipakai setiap hari oleh guru guru apabila mengajar. Memandangkan kanak kanak pra sekolah mempunyai attention span yang tidak lama, guru guru Jepun memakai apron yang comel dan berwarna warni untuk menggalakkan pelajar memberi tumpuan kepada mereka.


Terdapat juga rekaan apron yang menggambarkan cerita kesukaan kanak kanak. Apron sebegini sesuai dipakai ketika sesi bercerita.


Apron yang mempunyai watak kartun kegemaran kanak kanak turut direka untuk menarik perhatian. Tetapi oleh kerana rekaan ini melibatkan copyrighted characters,  harganya adalah lebih mahal.


*semua gambar produk yang tertera di post ini diambil dari Le Moir Co. Ltd

Tuesday, April 17, 2012

Towel lap tangan

Operasi yang melibatkan kanak kanak memerlukan penjagaan kebersihan yang lebih dari biasa kerana kanak kanak senang dijangkiti penyakit dan senang juga membawa penyakit yang boleh disebarkan kepada kawan kawan yang lain. Oleh itu, sekolah di Jepun amat menitik beratkan penggunaan towel lap tangan kanak kanak persendirian yang tidak boleh dikongsi sesama kawan kawan di sekolah. Towel lap tangan ini digunakan setiap kali sebelum/selepas makan, dan juga setelah membuat aktiviti sekolah yang mengotorkan tangan kanak kanak. *Nota penting: kerap membasuh tangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan kuman, sekaligus memastikan kesihatan kita terjamin*. Bagi kanak kanak di tadika, ibu bapa perlu menyediakan towel lap tangan ber tali getah sebegini:


Getah yang digunakan hendaklah yang boleh memanjang seperti tali getah seluar dan bukan tali semata mata. Ini adalah kerana, tuala ini akan disangkut di leher kanak kanak semasa mereka membasuh tangan. Jika menggunakan tali biasa, takut ada di antara mereka yang bermain main menarik tali towel kawan yang akan menyebabkan leher kanak kanak itu terjerut pula.


Kebiasaan nya, cara menyediakan towel ini akan disediakan di dalam buku penerangan kemasukan ke tadika yang diberi kepada ibu bapa di awal tahun persekolahan.


Setiap kelas akan diletak rak towel sebegini dan kanak kanak di latih untuk menyangkut towel sendiri di cangkuk yang telah di label dengan nama masing masing .


Seminggu sekali, towel ini akan dibawa balik dan ibu bapa bertanggungjawab untuk membasuh dan menyediakan towel yang bersih untuk di bawa oleh anak anak ke sekolah keesokan harinya.

Wednesday, April 11, 2012

Panggilan guru kepada pelajar

Apabila bercakap di hadapan pelajar pelajar, guru di Jepun akan menggunakan perkataan "kawan kawan" dan bukan "anak anak" atau "pelajar sekelian"  sepertimana yang biasa digunakan oleh guru guru lain. Contoh nya:
  • "ada kawan kawan yang tidak dapat kertas lagi?"
  • "kalau ada kawan kawan yang tahu lagu ini, mari nyanyi bersama!"
  • "guru besar akan berucap sebentar lagi, jadi kawan kawan semua tolong senyap ye"
Rutin ini dilakukan supaya pelajar pelajar tidak merasakan seperti guru adalah lebih "tinggi" dari mereka, malah boleh bermain dan berborak bersama sebagai kawan kawan. Dengan ini pelajar tidak akan takut dengan guru dan sekaligus seronok hendak ke sekolah.

Walaupun pendapat umum mengatakan bahawa guru tidak sepatutnya berkawan dengan anak murid untuk mengelakkan anak murid naik kepala, tetapi keadaan itu tidak berlaku dengan kanak kanak sekecil ini. Di usia pelajar tadika, kanak kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan selesa bagi mereka untuk "berkembang". Senario naik kepala itu mungkin lebih kerap berlaku kepada  pelajar pelajar yang lebih tua seperti di sekolah menengah.

Monday, April 9, 2012

Kasut sekolah

Secara am nya, kasut sekolah yang digunakan oleh pelajar pelajar tadika dan sekolah rendah di Jepun adalah kasut jenis loafer atau ballet style. Ini adalah untuk memudahkan kanak kanak memakai kasut mereka sendiri, tanpa memerlukan bantuan orang lain. Kasut mereka juga sangat simple dan ringan (hanya seberat 140g sahaja). Kasut jenis ini mempunyai tapak getah sintetik dan bahagian badan kasut dibuat daripada vinyl yang kalis air dan senang untuk di bersihkan. Kotoran pada kasut boleh hilang dengan hanya dilap dengan tisu basah sahaja, tanpa perlu dibasuh. Bergantung kepada pengeluar, sesetangah kasut sekolah ini dilengkapi dengan fungsi deodarent dan anti-bakteria, amat sesuai dengan target market nya yang senang berpeluh akibat berlari lari seharian di sekolah.

Contoh kasut sekolah Jepun keluaran Jet Run (Product No: TB-alfaJET-RUN-WHRD)

Friday, April 6, 2012

Rutin penyerahan anak ke tadika setiap pagi

Pagi adalah waktu yang agak sibuk sama ada bagi pihak ibu bapa, mahupun sekolah. Oleh itu, untuk urusan menghantar anak di waktu pagi, ibu bapa tidak perlu/tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Seorang, dua guru akan menyambut pelajar di pintu pagar. Jika pelajar tersebut menangis sekalipun, salah seorang guru akan mengambil pelajar tersebut daripada ibu bapa dan membawanya ke dalam kelas. Ibu bapa disuruh meninggalkan sahaja anak mereka di dalam jagaan guru. Setiap pelajar perlu mengangkat beg sekolah sendiri dan menukar kasut mereka di rak kasut yang disediakan tanpa bantuan guru.

Satu rutin yang agak menarik perhatian adalah, pelajar pelajar di tahun atas (6 tahun) akan beratur ber dua dua di belakang guru yang menyambut pelajar di pintu pagar tadi. Jika terdapat pelajar yang berada di tahun bawah (3-4 tahun) tiba, pelajar pelajar tahun atas ini akan memegang tangan "adik" di kiri kanan, bawa "adik" ke tempat rak kasut dan seterusnya membawa "adik" masuk ke dalam kelas.  Sistem senior-junior memang kuat di Jepun. Tetapi apa yang mengagumkan adalah mereka menekankan idea dimana respect must be earned. Oleh itu, tugas yang tua bukan lah untuk membuli yang muda, tetapi untuk membantu/guide adik adik supaya dapat berdikari seperti mereka.  Dengan itu, adik adik ini akan berterima kasih/memandang tinggi kepada abang kakak di tahun atas.

Tuesday, March 13, 2012

Adakah kita di Malaysia mampu untuk merasai servis pusat jagaan kanakkanak seperti di Jepun?

Banyak berita buruk tentang pusat jagaan kanak kanak yang kita dengar kebelakangan ini. Dan ramai ibubapa menyuarakan keinginan mendapatkan kualiti servis pusat jagaan seperti di negara maju di Malaysia. Tetapi dari segi kewangan nya, mampukah kita? Secara purata, dengan servis yang didapati sekarang, ibu bapa perlu membayar RM300 sebulan untuk penjagaan seorang anak mereka. Terus terang dikatakan bahawa there is NO way dengan harga RM300 sebulan bagi seorang kanak kanak, pengusaha pusat jagaan di Malaysia dapat menyediakan servis seperti pusat jagaan kanak kanak seperti di Jepun sebegini:
  • child caretaker ratio of 4:1 or 6:2
  • fully certified caretakers whose duties are only to mind the children
  • in-house cooking/kitchen staff to prepare meals with roughly 50% carbs, 25% protein, vegetables and desert of fruits
  • separate admin staff
  • building designed/constructed especially for nurseries with low sinks and toilets for children
  • padded floors and staircase for children safety
  • high quality, durable, specially made in children size furniture
  • high quality learning toys, enough for each child to play at least one kind. approximate ratio of child to one kind of toy is 2:1
  • parents responsibility of preparing own pillow, mattress, change of clothes, at least 3 clean towels daily
  • proper and detailed record keeping of child’s every day activity from both caretaker and parents
Jadi apakah langkah yang boleh diambil untuk menaikkan taraf pusat jagaan kanak kanak di Malaysia? Mari kita sama sama bincangkan cara yang doable dan affordable sesuai untuk diaplikasikan kepada taraf hidup dan gaya hidup masyarakat kita.
  • Adakah ibu bapa di Malaysia mampu menampung kos pusat jagaan jika yuran dinaikkan?
  • Perlukah kita menubuhkan pusat latihan penjaga kanak kanak?

Monday, March 12, 2012

Penggunaan sticker bergambar untuk kanak kanak mengenali nama mereka

Kanak kanak lebih senang mengenali gambar/illustrasi daripada huruf. Oleh itu, tadika di Jepun menggunakan sistem sticker bergambar bagi kanak kanak 2-3 tahun supaya senang kanak kanak ini mengenali yang mana satu barang barang mereka.


Setiap cubicle rak kasut ini dilabel dengan nama kanak kanak serta sticker bergambar yang ditetapkan untuk mereka. Oleh itu, kanak kanak dapat mencari dimana tempat letak kasut mereka dan akhirnya dapat mengenali ejaan huruf nama mereka.


Cubicle untuk beg turut dilabelkan mengikut nama dan sticker bergambar masing masing.


Kanak kanak dapat mencari sendiri dimana mereka perlu menyangkut kain lap tangan mereka.


Buku buku mereka turut menggunakan sticker bergambar yang sama.


Cikgu turut melekatkan nama dan sticker bergambar di atas lantai kelas supaya kanak kanak dapat mencari sendiri di mana mereka perlu duduk/berdiri untuk aktiviti di dalam kelas.

Thursday, February 9, 2012

Tag nama

Mungkin kebanyakan dari kita merasakan tag nama adalah benda yang kecil untuk di ambil berat. Tetapi di Jepun, terdapat satu industri yang khas untuk menghasilkan tag nama kanak kanak.



Tag nama pra sekolah ini dibuat dari plastik yang susah untuk dikoyakkan dan kalis air. Ia direka dengan warna dan bentuk yang menarik sesuai dengan tema kanak kanak. Di bahagian belakang tag nama ada ruangan untuk mengisi butir peribadi kanak kanak seperti nombor telifon yang perlu dihubungi ketika kecemasan dan juga jenis darah kanak kanak tersebut.


Untuk mengelakkan baju rosak dan berlubang, applique tag nama sebegini turut direka. Reka bentuk yang lebih popular adalah applique yang berupa karektor kartun kegemaran kanak kanak baya ini seperti Anpanman, Hello Kitty, Thomas & Friends, Tomica  dan Disney.