Monday, April 9, 2012

Kasut sekolah

Secara am nya, kasut sekolah yang digunakan oleh pelajar pelajar tadika dan sekolah rendah di Jepun adalah kasut jenis loafer atau ballet style. Ini adalah untuk memudahkan kanak kanak memakai kasut mereka sendiri, tanpa memerlukan bantuan orang lain. Kasut mereka juga sangat simple dan ringan (hanya seberat 140g sahaja). Kasut jenis ini mempunyai tapak getah sintetik dan bahagian badan kasut dibuat daripada vinyl yang kalis air dan senang untuk di bersihkan. Kotoran pada kasut boleh hilang dengan hanya dilap dengan tisu basah sahaja, tanpa perlu dibasuh. Bergantung kepada pengeluar, sesetangah kasut sekolah ini dilengkapi dengan fungsi deodarent dan anti-bakteria, amat sesuai dengan target market nya yang senang berpeluh akibat berlari lari seharian di sekolah.

Contoh kasut sekolah Jepun keluaran Jet Run (Product No: TB-alfaJET-RUN-WHRD)

3 comments:

  1. hai~~ mana nak beli ni?? kasut saiz dewase ada tak?

    ReplyDelete
  2. tak sure pulak mana dapat kasut macam ni di malaysia. tapi cikgu cikgu sekolah di jepun guna kasut macam ni juga so ada size dewasa. kasut ni kan plain putih aje so sometimes those yang creative tu akan beli kasut jenis ni and lukis sendiri pattern yang diorng nak pada kasut so kire dapat kasut yang original design diorng lah :)

    ReplyDelete
  3. terima kasih kerana berkongsi info. saya sedang memikirkan perkara yang sama. mendidik kanak2 dimalaysia seperti kanak2 dijepun. pertama kali melihat pendidikan kanak2 dijepun membuat sy terdiam. alangkah bagusnya jika kanak2 disini merasai semua itu.
    Doakan saya ya.

    ReplyDelete