Apabila bercakap di hadapan pelajar pelajar, guru di Jepun akan menggunakan perkataan "kawan kawan" dan bukan "anak anak" atau "pelajar sekelian" sepertimana yang biasa digunakan oleh guru guru lain. Contoh nya:
- "ada kawan kawan yang tidak dapat kertas lagi?"
- "kalau ada kawan kawan yang tahu lagu ini, mari nyanyi bersama!"
- "guru besar akan berucap sebentar lagi, jadi kawan kawan semua tolong senyap ye"
Rutin ini dilakukan supaya pelajar pelajar tidak merasakan seperti guru adalah lebih "tinggi" dari mereka, malah boleh bermain dan berborak bersama sebagai kawan kawan. Dengan ini pelajar tidak akan takut dengan guru dan sekaligus seronok hendak ke sekolah.
Walaupun pendapat umum mengatakan bahawa guru tidak sepatutnya berkawan dengan anak murid untuk mengelakkan anak murid naik kepala, tetapi keadaan itu tidak berlaku dengan kanak kanak sekecil ini. Di usia pelajar tadika, kanak kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan selesa bagi mereka untuk "berkembang". Senario naik kepala itu mungkin lebih kerap berlaku kepada pelajar pelajar yang lebih tua seperti di sekolah menengah.
No comments:
Post a Comment