Friday, April 6, 2012

Rutin penyerahan anak ke tadika setiap pagi

Pagi adalah waktu yang agak sibuk sama ada bagi pihak ibu bapa, mahupun sekolah. Oleh itu, untuk urusan menghantar anak di waktu pagi, ibu bapa tidak perlu/tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Seorang, dua guru akan menyambut pelajar di pintu pagar. Jika pelajar tersebut menangis sekalipun, salah seorang guru akan mengambil pelajar tersebut daripada ibu bapa dan membawanya ke dalam kelas. Ibu bapa disuruh meninggalkan sahaja anak mereka di dalam jagaan guru. Setiap pelajar perlu mengangkat beg sekolah sendiri dan menukar kasut mereka di rak kasut yang disediakan tanpa bantuan guru.

Satu rutin yang agak menarik perhatian adalah, pelajar pelajar di tahun atas (6 tahun) akan beratur ber dua dua di belakang guru yang menyambut pelajar di pintu pagar tadi. Jika terdapat pelajar yang berada di tahun bawah (3-4 tahun) tiba, pelajar pelajar tahun atas ini akan memegang tangan "adik" di kiri kanan, bawa "adik" ke tempat rak kasut dan seterusnya membawa "adik" masuk ke dalam kelas.  Sistem senior-junior memang kuat di Jepun. Tetapi apa yang mengagumkan adalah mereka menekankan idea dimana respect must be earned. Oleh itu, tugas yang tua bukan lah untuk membuli yang muda, tetapi untuk membantu/guide adik adik supaya dapat berdikari seperti mereka.  Dengan itu, adik adik ini akan berterima kasih/memandang tinggi kepada abang kakak di tahun atas.

No comments:

Post a Comment