Kanak kanak lebih senang mengenali gambar/illustrasi daripada huruf. Oleh itu, tadika di Jepun menggunakan sistem sticker bergambar bagi kanak kanak 2-3 tahun supaya senang kanak kanak ini mengenali yang mana satu barang barang mereka.
Setiap cubicle rak kasut ini dilabel dengan nama kanak kanak serta sticker bergambar yang ditetapkan untuk mereka. Oleh itu, kanak kanak dapat mencari dimana tempat letak kasut mereka dan akhirnya dapat mengenali ejaan huruf nama mereka.
Cubicle untuk beg turut dilabelkan mengikut nama dan sticker bergambar masing masing.
Kanak kanak dapat mencari sendiri dimana mereka perlu menyangkut kain lap tangan mereka.
Buku buku mereka turut menggunakan sticker bergambar yang sama.
Cikgu turut melekatkan nama dan sticker bergambar di atas lantai kelas supaya kanak kanak dapat mencari sendiri di mana mereka perlu duduk/berdiri untuk aktiviti di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment