Monday, July 30, 2012

Marketing tool/Freebies yang memberi manfaat kepada kanak kanak

Antara perkara yang mengagumkan tentang budaya pendidikan di Jepun adalah:
  • mereka tidak takut untuk menghidangkan topik yang berat kepada kanak kanak (pelajar darjah 3 telah diajar bagaimana manusia/bayi terbentuk)
  • mereka pakar dalam memudahkan/meringkaskan topik yang berat sama ada dengan menyampaikannya dalam bentuk infografik, manga/komik, anime, lagu dan sebagainya
  • semua pihak merasaka diri mereka bertanggungjawab dalam mendidik generasi akan datang yang menyebabkan setiap aspek dalam bahan yang dihidangkan kepada anak anak diteliti dan tidak dibuat sambil lewa
Contoh yang saya hendak kemukakan dalam entry ini adalah kalender tahunan yang diedarkan secara percuma kepada kanak kanak tadika sebagai promotion tool syarikat buku kanak kanak Child Honsya.

Kalendar bertopik yang menarik berdasarkan idea yang simple. Bagi contoh ini mereka mengetengahkan topik makanan bermusim mengikut bulan bulan pada kalendar.

Boleh dikatakan semua bahan promosi bercetak di Jepun akan diselitkan dengan informasi/ilmu berguna kepada masyarakat dan bukan sekadar hendak mengiklankan syarikat mereka sahaja. Bagi contoh ini, mereka menyarankan 7 perkara sebagai pengajaran nutrisi yang boleh diamalkan di rumah. Antaranya adalah bangun awal - tidur awal - makan sarapan, makan bersama sambil berborak sesama ahli keluarga, semua orang memakan makanan yang sama untuk memudahkan komunikasi, melibatkan anak anak dalam proses penyediaan makanan dll.


Kebiasaannya apabila mengenalkan makanan kepada anak anak, kita akan mengajar mereka benda yang biasa seperti buah apple dan oren. Sayuran pun di tunjukkan secara general sahaja dan bukan dinamakan satu per satu. Di kalendar yang diberikan kepada kanak kanak 4-6 tahun ini, bukan sahaja nama buah dan sayuran di labelkan satu persatu, malah jenis jenis ikan juga turut di ajarkan.

Mengambil kata kata Albert Einstein, "If you can't explain it simply, you don't understand it well enough". Adakah itu masalah nya dengan penerbitan bahan bacaan/informasi bagi kanak kanak di Malaysia? Orang dewasa yang menyediakan bahan pengajaran itu sendiri yang tidak cukup faham tentang apa yang hendak di ajar, menyebabkan bahan pengajaran kita agak rendah kualiti dan impak nya.

No comments:

Post a Comment