Tuesday, April 17, 2012

Towel lap tangan

Operasi yang melibatkan kanak kanak memerlukan penjagaan kebersihan yang lebih dari biasa kerana kanak kanak senang dijangkiti penyakit dan senang juga membawa penyakit yang boleh disebarkan kepada kawan kawan yang lain. Oleh itu, sekolah di Jepun amat menitik beratkan penggunaan towel lap tangan kanak kanak persendirian yang tidak boleh dikongsi sesama kawan kawan di sekolah. Towel lap tangan ini digunakan setiap kali sebelum/selepas makan, dan juga setelah membuat aktiviti sekolah yang mengotorkan tangan kanak kanak. *Nota penting: kerap membasuh tangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan kuman, sekaligus memastikan kesihatan kita terjamin*. Bagi kanak kanak di tadika, ibu bapa perlu menyediakan towel lap tangan ber tali getah sebegini:


Getah yang digunakan hendaklah yang boleh memanjang seperti tali getah seluar dan bukan tali semata mata. Ini adalah kerana, tuala ini akan disangkut di leher kanak kanak semasa mereka membasuh tangan. Jika menggunakan tali biasa, takut ada di antara mereka yang bermain main menarik tali towel kawan yang akan menyebabkan leher kanak kanak itu terjerut pula.


Kebiasaan nya, cara menyediakan towel ini akan disediakan di dalam buku penerangan kemasukan ke tadika yang diberi kepada ibu bapa di awal tahun persekolahan.


Setiap kelas akan diletak rak towel sebegini dan kanak kanak di latih untuk menyangkut towel sendiri di cangkuk yang telah di label dengan nama masing masing .


Seminggu sekali, towel ini akan dibawa balik dan ibu bapa bertanggungjawab untuk membasuh dan menyediakan towel yang bersih untuk di bawa oleh anak anak ke sekolah keesokan harinya.

Wednesday, April 11, 2012

Panggilan guru kepada pelajar

Apabila bercakap di hadapan pelajar pelajar, guru di Jepun akan menggunakan perkataan "kawan kawan" dan bukan "anak anak" atau "pelajar sekelian"  sepertimana yang biasa digunakan oleh guru guru lain. Contoh nya:
  • "ada kawan kawan yang tidak dapat kertas lagi?"
  • "kalau ada kawan kawan yang tahu lagu ini, mari nyanyi bersama!"
  • "guru besar akan berucap sebentar lagi, jadi kawan kawan semua tolong senyap ye"
Rutin ini dilakukan supaya pelajar pelajar tidak merasakan seperti guru adalah lebih "tinggi" dari mereka, malah boleh bermain dan berborak bersama sebagai kawan kawan. Dengan ini pelajar tidak akan takut dengan guru dan sekaligus seronok hendak ke sekolah.

Walaupun pendapat umum mengatakan bahawa guru tidak sepatutnya berkawan dengan anak murid untuk mengelakkan anak murid naik kepala, tetapi keadaan itu tidak berlaku dengan kanak kanak sekecil ini. Di usia pelajar tadika, kanak kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan selesa bagi mereka untuk "berkembang". Senario naik kepala itu mungkin lebih kerap berlaku kepada  pelajar pelajar yang lebih tua seperti di sekolah menengah.

Monday, April 9, 2012

Kasut sekolah

Secara am nya, kasut sekolah yang digunakan oleh pelajar pelajar tadika dan sekolah rendah di Jepun adalah kasut jenis loafer atau ballet style. Ini adalah untuk memudahkan kanak kanak memakai kasut mereka sendiri, tanpa memerlukan bantuan orang lain. Kasut mereka juga sangat simple dan ringan (hanya seberat 140g sahaja). Kasut jenis ini mempunyai tapak getah sintetik dan bahagian badan kasut dibuat daripada vinyl yang kalis air dan senang untuk di bersihkan. Kotoran pada kasut boleh hilang dengan hanya dilap dengan tisu basah sahaja, tanpa perlu dibasuh. Bergantung kepada pengeluar, sesetangah kasut sekolah ini dilengkapi dengan fungsi deodarent dan anti-bakteria, amat sesuai dengan target market nya yang senang berpeluh akibat berlari lari seharian di sekolah.

Contoh kasut sekolah Jepun keluaran Jet Run (Product No: TB-alfaJET-RUN-WHRD)

Friday, April 6, 2012

Rutin penyerahan anak ke tadika setiap pagi

Pagi adalah waktu yang agak sibuk sama ada bagi pihak ibu bapa, mahupun sekolah. Oleh itu, untuk urusan menghantar anak di waktu pagi, ibu bapa tidak perlu/tidak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Seorang, dua guru akan menyambut pelajar di pintu pagar. Jika pelajar tersebut menangis sekalipun, salah seorang guru akan mengambil pelajar tersebut daripada ibu bapa dan membawanya ke dalam kelas. Ibu bapa disuruh meninggalkan sahaja anak mereka di dalam jagaan guru. Setiap pelajar perlu mengangkat beg sekolah sendiri dan menukar kasut mereka di rak kasut yang disediakan tanpa bantuan guru.

Satu rutin yang agak menarik perhatian adalah, pelajar pelajar di tahun atas (6 tahun) akan beratur ber dua dua di belakang guru yang menyambut pelajar di pintu pagar tadi. Jika terdapat pelajar yang berada di tahun bawah (3-4 tahun) tiba, pelajar pelajar tahun atas ini akan memegang tangan "adik" di kiri kanan, bawa "adik" ke tempat rak kasut dan seterusnya membawa "adik" masuk ke dalam kelas.  Sistem senior-junior memang kuat di Jepun. Tetapi apa yang mengagumkan adalah mereka menekankan idea dimana respect must be earned. Oleh itu, tugas yang tua bukan lah untuk membuli yang muda, tetapi untuk membantu/guide adik adik supaya dapat berdikari seperti mereka.  Dengan itu, adik adik ini akan berterima kasih/memandang tinggi kepada abang kakak di tahun atas.