Thursday, August 7, 2014

Amalan mengangkat sebelah tangan apabila kanak kanak melintas jalan

Latihan keselamatan jalan raya, ketika berjalan kaki dan menunggang basikal, adalah aktiviti wajib di sekolah sekolah rendah di Jepun setiap awal tahun. Latihan ini bertujuan untuk membiasakan pelajar pelajar terutama yang di tahun satu dengan peraturan jalan raya yang patut mereka ikuti dan the do's and dont's ketika perjalanan ke sekolah. Latihan ini turut melibatkan guru guru, anggota polis, ibu bapa dan masyarakat yang tinggal di sekeliling perkarangan sekolah.

Latihan keselamatan jalan raya yang dilakukan oleh
pelajar pelajar Taiki Elementary School

Sejak di bangku tadika lagi, kanak kanak Jepun telah dididik untuk mengangkat sebelah tangan apabila melintas jalan raya, walaupun di lintasan belang, supaya mudah dilihat oleh pemandu di dalam kenderaan yang berkemungkinan lebih tinggi posisi nya. Amalan ini dipraktikkan bukan sahaja untuk perjalanan ke sekolah, malah diamalkan dalam kehidupan seharian mereka di mana ibubapa di Jepun menggalakkan anak anak mereka keluar berjalan sendiri.

Bagi kawasan yang trafik nya agak tinggi, ibu bapa dan staff sekolah akan bergilir gilir berjaga di simpang jalan bagi memastikan keselamatan pelajar pelajar. Pelajar juga diberi bendera kecil untuk diangkat ketika melintas. Sesetengah sekolah juga mewajibkan pelajar pelajar di tahap rendah memakai topi berwarna terang supaya mudah di kesan oleh pemandu atau ahli komuniti yang lain. Pemakaian topi berwarna cerah ini adalah sebagai signal kepada orang disekeliling untuk "tolong awasi kami".

Kanak kanak sekolah rendah Jepun memakai topi berwarna kuning supaya senang dilihat
Photo from 
Fodor’s Travel Guides

Monday, July 30, 2012

Marketing tool/Freebies yang memberi manfaat kepada kanak kanak

Antara perkara yang mengagumkan tentang budaya pendidikan di Jepun adalah:
  • mereka tidak takut untuk menghidangkan topik yang berat kepada kanak kanak (pelajar darjah 3 telah diajar bagaimana manusia/bayi terbentuk)
  • mereka pakar dalam memudahkan/meringkaskan topik yang berat sama ada dengan menyampaikannya dalam bentuk infografik, manga/komik, anime, lagu dan sebagainya
  • semua pihak merasaka diri mereka bertanggungjawab dalam mendidik generasi akan datang yang menyebabkan setiap aspek dalam bahan yang dihidangkan kepada anak anak diteliti dan tidak dibuat sambil lewa
Contoh yang saya hendak kemukakan dalam entry ini adalah kalender tahunan yang diedarkan secara percuma kepada kanak kanak tadika sebagai promotion tool syarikat buku kanak kanak Child Honsya.

Kalendar bertopik yang menarik berdasarkan idea yang simple. Bagi contoh ini mereka mengetengahkan topik makanan bermusim mengikut bulan bulan pada kalendar.

Boleh dikatakan semua bahan promosi bercetak di Jepun akan diselitkan dengan informasi/ilmu berguna kepada masyarakat dan bukan sekadar hendak mengiklankan syarikat mereka sahaja. Bagi contoh ini, mereka menyarankan 7 perkara sebagai pengajaran nutrisi yang boleh diamalkan di rumah. Antaranya adalah bangun awal - tidur awal - makan sarapan, makan bersama sambil berborak sesama ahli keluarga, semua orang memakan makanan yang sama untuk memudahkan komunikasi, melibatkan anak anak dalam proses penyediaan makanan dll.


Kebiasaannya apabila mengenalkan makanan kepada anak anak, kita akan mengajar mereka benda yang biasa seperti buah apple dan oren. Sayuran pun di tunjukkan secara general sahaja dan bukan dinamakan satu per satu. Di kalendar yang diberikan kepada kanak kanak 4-6 tahun ini, bukan sahaja nama buah dan sayuran di labelkan satu persatu, malah jenis jenis ikan juga turut di ajarkan.

Mengambil kata kata Albert Einstein, "If you can't explain it simply, you don't understand it well enough". Adakah itu masalah nya dengan penerbitan bahan bacaan/informasi bagi kanak kanak di Malaysia? Orang dewasa yang menyediakan bahan pengajaran itu sendiri yang tidak cukup faham tentang apa yang hendak di ajar, menyebabkan bahan pengajaran kita agak rendah kualiti dan impak nya.

Wednesday, July 25, 2012

Kerja rumah pada musim cuti

Mengikut pengalaman saya menjadi guru tadika di Malaysia, cuti sekolah yang panjang akan disertakan dengan berhelai-helai kerja rumah untuk pelajar tadika yang terdiri daripada worksheets matematik dan latihan menulis. Di Jepun, kerja rumah musim cuti mereka adalah merekodkan apa yang mereka buat untuk menghabiskan waktu cuti tersebut. Buku rekod nya juga diadakan dalam bentuk kalender bergambar yang menarik dan sangat interactive di mana pelajar boleh membaca tips tips menghabiskan masa cuti,  menulis apa yang telah mereka lakukan, melukis pengalaman mereka, menampal sticker dan sebagai nya.

Contoh buku kerja rumah musim cuti kanak kanak tadika Jepun. Sungguh menarik!

Contoh "kerja" yang perlu dilakukan adalah merekodkan cuaca, kejayaan ke tandas dan menggosok gigi pada setiap tarikh yang di tulis di kalendar. Cara merekodnya adalah dengan menampal sticker di kotak yang disediakan. Terdapat juga ruangan untuk menulis apa yang mereka lakukan pada hari itu. Bagi kanak kanak yang masih tidak boleh menulis, ibubapa perlu menolong mereka untuk mengisi bahagian "diari" ini. Ibubapa digalakkan berborak/bercerita/berbincang bersama anak anak tentang apa yang hendak di tulis di ruangan tersebut.  Pada muka surat contoh yang ditunjukkan di atas, terdapat juga info bergambar tentang bagaimana hendak mengekalkan kesejukan pada cuti musim panas mereka.

Pelbagai sticker menarik disediakan bersama dengan buku ini untuk dilekatkan semasa merekod "kerja rumah" mereka.

Ini pula adalah check list kenang kenangan cuti sekolah mereka. Pelajar perlu menanda sama ada mereka telah terjumpa benda benda seperti pepatung, cengkerik, bunga matahari, belalang... menanda sama ada mereka telah memakan aiskrim, tembikai, tomato, jagung semasa percutian mereka... dan samada mereka telah pergi menonton wayang, ke pantai, BBQ, bermain bunga api.

Pelajar perlu mencatatkan apa yang terbaik pada musim cuti mereka kali ini. Antara soalan yang diberikan adalah, sepanjang cuti persekolahan ini apakah perkara yang paling memeranjatkan anda? apakah perkara yang paling menarik? apakah perkara yang paling seronok? apakah perkara yang paling menakutkan? dll. Pelajar juga perlu melukiskan gambar kenang kenangan cuti persekolahan mereka.

Di muka surat akhir, pelajar perlu menampal gambar foto yang telah diambil semasa percutian mereka itu.

Walau nampak seperti main main, buku kalendar ini perlu diserahkan kepada guru setelah tamat cuti persekolahan.  Amat berlainan kerja rumah pelajar tadika di Jepun berbanding di Malaysia... nampaknya Jepun lebih mementingkan pengalaman hidup anak anak daripada latihan akademik. Apa yang lebih menarik tentang cara pengajaran ini adalah, walaupun kerja nya nampak tak seberapa, kanak kanak masih perlu mengira, membaca, menulis, melukis dan berfikir secara kritikal untuk menghabiskan kerja rumah mereka ini. Mungkin inilah ajaran learning through play yang kita juga patut contohi dalam mengajar kanak kanak tadika kita.

Saturday, May 19, 2012

Apron cikgu yang comel dan menarik

Apabila mereka peralatan atau barang barang perkakas kegunaan harian, orang Jepun memang tidak akan membuatnya sambil lewa atau buat "asal ada" sahaja. Setiap faktor dalam pembuatan peralatan tersebut akan dipikirkan dan setiap apa yang dibuat perlulah bersebab. Salah satu daripada peralatan guru tadika yang mereka ambil perhatian adalah apron yang dipakai setiap hari oleh guru guru apabila mengajar. Memandangkan kanak kanak pra sekolah mempunyai attention span yang tidak lama, guru guru Jepun memakai apron yang comel dan berwarna warni untuk menggalakkan pelajar memberi tumpuan kepada mereka.


Terdapat juga rekaan apron yang menggambarkan cerita kesukaan kanak kanak. Apron sebegini sesuai dipakai ketika sesi bercerita.


Apron yang mempunyai watak kartun kegemaran kanak kanak turut direka untuk menarik perhatian. Tetapi oleh kerana rekaan ini melibatkan copyrighted characters,  harganya adalah lebih mahal.


*semua gambar produk yang tertera di post ini diambil dari Le Moir Co. Ltd

Tuesday, April 17, 2012

Towel lap tangan

Operasi yang melibatkan kanak kanak memerlukan penjagaan kebersihan yang lebih dari biasa kerana kanak kanak senang dijangkiti penyakit dan senang juga membawa penyakit yang boleh disebarkan kepada kawan kawan yang lain. Oleh itu, sekolah di Jepun amat menitik beratkan penggunaan towel lap tangan kanak kanak persendirian yang tidak boleh dikongsi sesama kawan kawan di sekolah. Towel lap tangan ini digunakan setiap kali sebelum/selepas makan, dan juga setelah membuat aktiviti sekolah yang mengotorkan tangan kanak kanak. *Nota penting: kerap membasuh tangan adalah cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan kuman, sekaligus memastikan kesihatan kita terjamin*. Bagi kanak kanak di tadika, ibu bapa perlu menyediakan towel lap tangan ber tali getah sebegini:


Getah yang digunakan hendaklah yang boleh memanjang seperti tali getah seluar dan bukan tali semata mata. Ini adalah kerana, tuala ini akan disangkut di leher kanak kanak semasa mereka membasuh tangan. Jika menggunakan tali biasa, takut ada di antara mereka yang bermain main menarik tali towel kawan yang akan menyebabkan leher kanak kanak itu terjerut pula.


Kebiasaan nya, cara menyediakan towel ini akan disediakan di dalam buku penerangan kemasukan ke tadika yang diberi kepada ibu bapa di awal tahun persekolahan.


Setiap kelas akan diletak rak towel sebegini dan kanak kanak di latih untuk menyangkut towel sendiri di cangkuk yang telah di label dengan nama masing masing .


Seminggu sekali, towel ini akan dibawa balik dan ibu bapa bertanggungjawab untuk membasuh dan menyediakan towel yang bersih untuk di bawa oleh anak anak ke sekolah keesokan harinya.

Wednesday, April 11, 2012

Panggilan guru kepada pelajar

Apabila bercakap di hadapan pelajar pelajar, guru di Jepun akan menggunakan perkataan "kawan kawan" dan bukan "anak anak" atau "pelajar sekelian"  sepertimana yang biasa digunakan oleh guru guru lain. Contoh nya:
  • "ada kawan kawan yang tidak dapat kertas lagi?"
  • "kalau ada kawan kawan yang tahu lagu ini, mari nyanyi bersama!"
  • "guru besar akan berucap sebentar lagi, jadi kawan kawan semua tolong senyap ye"
Rutin ini dilakukan supaya pelajar pelajar tidak merasakan seperti guru adalah lebih "tinggi" dari mereka, malah boleh bermain dan berborak bersama sebagai kawan kawan. Dengan ini pelajar tidak akan takut dengan guru dan sekaligus seronok hendak ke sekolah.

Walaupun pendapat umum mengatakan bahawa guru tidak sepatutnya berkawan dengan anak murid untuk mengelakkan anak murid naik kepala, tetapi keadaan itu tidak berlaku dengan kanak kanak sekecil ini. Di usia pelajar tadika, kanak kanak memerlukan persekitaran yang selamat dan selesa bagi mereka untuk "berkembang". Senario naik kepala itu mungkin lebih kerap berlaku kepada  pelajar pelajar yang lebih tua seperti di sekolah menengah.

Monday, April 9, 2012

Kasut sekolah

Secara am nya, kasut sekolah yang digunakan oleh pelajar pelajar tadika dan sekolah rendah di Jepun adalah kasut jenis loafer atau ballet style. Ini adalah untuk memudahkan kanak kanak memakai kasut mereka sendiri, tanpa memerlukan bantuan orang lain. Kasut mereka juga sangat simple dan ringan (hanya seberat 140g sahaja). Kasut jenis ini mempunyai tapak getah sintetik dan bahagian badan kasut dibuat daripada vinyl yang kalis air dan senang untuk di bersihkan. Kotoran pada kasut boleh hilang dengan hanya dilap dengan tisu basah sahaja, tanpa perlu dibasuh. Bergantung kepada pengeluar, sesetangah kasut sekolah ini dilengkapi dengan fungsi deodarent dan anti-bakteria, amat sesuai dengan target market nya yang senang berpeluh akibat berlari lari seharian di sekolah.

Contoh kasut sekolah Jepun keluaran Jet Run (Product No: TB-alfaJET-RUN-WHRD)