Mengikut pengalaman saya menjadi guru tadika di Malaysia, cuti sekolah yang panjang akan disertakan dengan berhelai-helai kerja rumah untuk pelajar tadika yang terdiri daripada worksheets matematik dan latihan menulis. Di Jepun, kerja rumah musim cuti mereka adalah merekodkan apa yang mereka buat untuk menghabiskan waktu cuti tersebut. Buku rekod nya juga diadakan dalam bentuk kalender bergambar yang menarik dan sangat interactive di mana pelajar boleh membaca tips tips menghabiskan masa cuti, menulis apa yang telah mereka lakukan, melukis pengalaman mereka, menampal sticker dan sebagai nya.
|
Contoh buku kerja rumah musim cuti kanak kanak tadika Jepun. Sungguh menarik! |
|
Contoh "kerja" yang perlu dilakukan adalah merekodkan cuaca, kejayaan ke tandas dan menggosok gigi pada setiap tarikh yang di tulis di kalendar. Cara merekodnya adalah dengan menampal sticker di kotak yang disediakan. Terdapat juga ruangan untuk menulis apa yang mereka lakukan pada hari itu. Bagi kanak kanak yang masih tidak boleh menulis, ibubapa perlu menolong mereka untuk mengisi bahagian "diari" ini. Ibubapa digalakkan berborak/bercerita/berbincang bersama anak anak tentang apa yang hendak di tulis di ruangan tersebut. Pada muka surat contoh yang ditunjukkan di atas, terdapat juga info bergambar tentang bagaimana hendak mengekalkan kesejukan pada cuti musim panas mereka. |
|
Pelbagai sticker menarik disediakan bersama dengan buku ini untuk dilekatkan semasa merekod "kerja rumah" mereka. |
|
Ini pula adalah check list kenang kenangan cuti sekolah mereka. Pelajar perlu menanda sama ada mereka telah terjumpa benda benda seperti pepatung, cengkerik, bunga matahari, belalang... menanda sama ada mereka telah memakan aiskrim, tembikai, tomato, jagung semasa percutian mereka... dan samada mereka telah pergi menonton wayang, ke pantai, BBQ, bermain bunga api. |
|
Pelajar perlu mencatatkan apa yang terbaik pada musim cuti mereka kali ini. Antara soalan yang diberikan adalah, sepanjang cuti persekolahan ini apakah perkara yang paling memeranjatkan anda? apakah perkara yang paling menarik? apakah perkara yang paling seronok? apakah perkara yang paling menakutkan? dll. Pelajar juga perlu melukiskan gambar kenang kenangan cuti persekolahan mereka. |
|
Di muka surat akhir, pelajar perlu menampal gambar foto yang telah diambil semasa percutian mereka itu. |
Walau nampak seperti main main, buku kalendar ini perlu diserahkan kepada guru setelah tamat cuti persekolahan. Amat berlainan kerja rumah pelajar tadika di Jepun berbanding di Malaysia... nampaknya Jepun lebih mementingkan pengalaman hidup anak anak daripada latihan akademik. Apa yang lebih menarik tentang cara pengajaran ini adalah, walaupun kerja nya nampak tak seberapa, kanak kanak masih perlu mengira, membaca, menulis, melukis dan berfikir secara kritikal untuk menghabiskan kerja rumah mereka ini. Mungkin inilah ajaran learning through play yang kita juga patut contohi dalam mengajar kanak kanak tadika kita.