Thursday, August 7, 2014

Amalan mengangkat sebelah tangan apabila kanak kanak melintas jalan

Latihan keselamatan jalan raya, ketika berjalan kaki dan menunggang basikal, adalah aktiviti wajib di sekolah sekolah rendah di Jepun setiap awal tahun. Latihan ini bertujuan untuk membiasakan pelajar pelajar terutama yang di tahun satu dengan peraturan jalan raya yang patut mereka ikuti dan the do's and dont's ketika perjalanan ke sekolah. Latihan ini turut melibatkan guru guru, anggota polis, ibu bapa dan masyarakat yang tinggal di sekeliling perkarangan sekolah.

Latihan keselamatan jalan raya yang dilakukan oleh
pelajar pelajar Taiki Elementary School

Sejak di bangku tadika lagi, kanak kanak Jepun telah dididik untuk mengangkat sebelah tangan apabila melintas jalan raya, walaupun di lintasan belang, supaya mudah dilihat oleh pemandu di dalam kenderaan yang berkemungkinan lebih tinggi posisi nya. Amalan ini dipraktikkan bukan sahaja untuk perjalanan ke sekolah, malah diamalkan dalam kehidupan seharian mereka di mana ibubapa di Jepun menggalakkan anak anak mereka keluar berjalan sendiri.

Bagi kawasan yang trafik nya agak tinggi, ibu bapa dan staff sekolah akan bergilir gilir berjaga di simpang jalan bagi memastikan keselamatan pelajar pelajar. Pelajar juga diberi bendera kecil untuk diangkat ketika melintas. Sesetengah sekolah juga mewajibkan pelajar pelajar di tahap rendah memakai topi berwarna terang supaya mudah di kesan oleh pemandu atau ahli komuniti yang lain. Pemakaian topi berwarna cerah ini adalah sebagai signal kepada orang disekeliling untuk "tolong awasi kami".

Kanak kanak sekolah rendah Jepun memakai topi berwarna kuning supaya senang dilihat
Photo from 
Fodor’s Travel Guides