Apabila mereka peralatan atau barang barang perkakas kegunaan harian, orang Jepun memang tidak akan membuatnya sambil lewa atau buat "asal ada" sahaja. Setiap faktor dalam pembuatan peralatan tersebut akan dipikirkan dan setiap apa yang dibuat perlulah bersebab. Salah satu daripada peralatan guru tadika yang mereka ambil perhatian adalah apron yang dipakai setiap hari oleh guru guru apabila mengajar. Memandangkan kanak kanak pra sekolah mempunyai attention span yang tidak lama, guru guru Jepun memakai apron yang comel dan berwarna warni untuk menggalakkan pelajar memberi tumpuan kepada mereka.
Terdapat juga rekaan apron yang menggambarkan cerita kesukaan kanak kanak. Apron sebegini sesuai dipakai ketika sesi bercerita.
Apron yang mempunyai watak kartun kegemaran kanak kanak turut direka untuk menarik perhatian. Tetapi oleh kerana rekaan ini melibatkan copyrighted characters, harganya adalah lebih mahal.
*semua gambar produk yang tertera di post ini diambil dari Le Moir Co. Ltd